Salam,
Dian rasa tak terlambat nak ucapkan salam maal hijrah kepada umat islam. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini dapat mendekatkan diri Dian denganNya.
Teringat ketika Dian kecil boleh dikatakan setipa tahun Dian akan berarak bermula dari padang balang sehingga ke surau dekat area rumah Dian sambil menyanyikan lagu seperti:-
Satu Muharam detik permulaan dan bla bla bla....How fast time flies...
Now I'm 26 years old.... Omg sudah boleh kawin....
Oklah just naks share mesti semua orang baca doa akhir tahun dan doa awal tahun ketika 14 .11.12.
Tak terlupa Dian juga mengingatinya...kekadang rasa social network sangat bagus sebab ada je umat islam yang lain mengingatkan kita semua mengenai tarikh-tarikh penting.
Just nak berkongsi . korang boleh membaca doa awal tahun dari 1 muharram sehingga 10 muharram supaya doa itu betul betul berkesan untuk diri kita...Jadi mari kita amalkan ya!!!
Doa awal tahun adalah doa pembukaan bagi
tahun hijrah.
Ianya dibaca 3x selepas solat Maghrib 1 Muharram setiap
tahun.
(Pertukaran hari berlaku apabila masuknya waktu maghrib)
Barangsiapa membaca doa Awal Tahun ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
DOA
(Awal Tahun)
Maksudnya : Dengan nama
Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir
sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu
penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya
sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan
Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru
yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan
padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak
mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan
sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah!
Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada
sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang
mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami
kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab
api neraka.