Early Learning Teaching Method

nuffnang

Ahad, 15 Jun 2014

Cara - cara selepas kursus Pra-Perkahwinan

Salam,

Hi, uolls, korang bahagia tak hari ini?

Monday Blues katanya!!!!!!


Hehe, sekarang kita dah sah menjadi isteri Mr Coco. Tak sangka dah 3 minggu berlalu. Cepat betul masa berlalu. Harini, ingat nak tunjuk step-step untuk mengisi borang  permohonan perkahwinan.

Jom bercerita......

First of all,

Pada 08/02-09/02/2014,  D & Mr Coco telah pergi ke putrajaya mengambil kursus kahwin di 

AL-SHAHIR MANAGEMENT

08/02-09/02/2014

Seminggu selepas itu, sijil telah dikeluarkan dan Mr coco pun telah mengambil sijil itu.

Bermulanya permohonan berkahwin di negeri korang sendiri. Macam D di Selangor sbb i kan duduk di Bangi.

Yang bestnya selangor ni korang daftar online di http://ncr.jais.gov.my dan tak perlu tulis tangan bagai. kira jimat dakwat pen, jimat tenaga, kurang sikit sakit jari yang nak kena tulis tu)-

Khas untuk wanita yang tidak mempunyai masalah penceraian hidup atau mati dan kematian wali .

Selepas isi Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan ) mesti disahkan oleh NAZIR MASJID, PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK, PENGERUSI TAMAN PERUMAHAN, PENGERUSI JKKK, PENGHULU MUKIM, PEGAWAI KUMPULAN A. ( Bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat temptat tinggal dengan alamat di dalam Mykad shj)

Dan selepas itu harus simpan dokumen dan print terus. Isi pulak Borang 2C & 2D. Sila print juga)-

Tolong sediakan 3 salinan sahaja untuk semua borang dan salinan dokumen yang diperlukan.

Salinan My Kad PEMOHON

Salinan My kad 2 orang SAKSI

Salinan My Kad WALI

Sijil KURSUS PERKAHWINAN original & salinan

Rekod Ujian Saringan HIV (Hanya di klinik kerajaan sahaja)
Tolong pergi selepas pukul 2 pm - 5 pm sahaja.  Sekejap je dalam 1 jam.
Dapat je BORANG HIV syukran.


BORANG 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan )

Surat Kebenaran Berkahwin Lelaki( Itu pasal pihak lelaki perlu buat dulu- tolong push bakal husband korang, kalau korang nak settlekan benda ni cepat. Itu pun 3 bulan sebelum majlis ok)

Surat Perakuan Nikah IbuBapa dan salinan( 1 sahaja ibu @ bapa- tak perlu lah salinan dua-dua pulak)

Siap semua dah dapat pengesahan bermastautin di Borang 1. Sila dapatkan Qariah Masjid tempat tinggal korang. Macam D baru je pindah Bangi tak sampai 1 tahun dan haruslah agak blur . Tapi dengan cerdikanya saya telefon PAID Hulu Langat. Call dan dapat Qariah Masjid aka Penolong Pendaftar Nikah EN SYED OTHMAN THANI OMAR FADAAK di Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi Selangor. Nak contact no...012-372 3425. Ustaz yang baik dan sempoi. senang bekerjasama. tak perlu korang bawa 2 orang saksi tu. Hanya bawa wali korang je)-

Jgn nak lega boleh habis lagi....


Bersambung.


Terima Kasih

Dian





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Brillbaby

nuffnang