Assalamualaikum pembuka bicara. Hari ini selepas membaca blog blog yang pames baru teringat nak rasa update blog yang lama telah ditinggalkan...aka dikuburkan....:)- inallilah...
Disini saya ingin catatkan pemergian seorang insan yang tak akan kembali iaitu Mak long "Azizah Bt Abas" ke atas pemergian arwah pada 01 May 2012 pukul 11.15 am di hospital serdang. Beliau hidup di dunia ini selama 61 tahun. Teringat pada pemergian suami mak long yang lebih dikenali sebagai " Ayah " yang telah pergi pada hari yang sama iaitu Selasa jam 11.50 am di hospital serdang pada 2010.
Kasih antara suami isteri terlalu kuat. Tidak sampai 2 tahun pemergian suaminya ke rahmatuaallah dan kini isterinya juga ikut pemergiannya. alangkah indahnya cinta yang abadi dan kini mereka ingin menyemarakkan cinta mereka di atas sana. :) Walaupun kesedihan yang telah dialami oleh keluarga kami tetapi takdir telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
Akhirnya saudara saya telah menjadi yatim piatu. Mereka sangat tabah menghadapinya tetapi kita tidak tahu apa yang ada dalam hati mereka. Hanya padaNya mereka mengadu.Harapan agar mereka adik beradik dapat menempuh segala cabaran yang akan datang dari segi mental dan fizikal.
Seingat saya kali terakhir pergi bercuti dengan arwah mak long saya ketika di jakarta bandung. Ketika itu saya bersama keluarga saya termasuk Mr Wazzan. Kenangan terindah yang dicipta di kota itu. Jika saya jumpa gambar maklong saya akan saya pamerkan di sini agar menjadi kenangan.
Pemergian arwah sangat cepat dan terkejut kerna beliau mengidap kencing manis sahaja. 3 bulan lepas kaki beliau terluka sikit sahaja tetapi dengan terluka itu telah menyebabkan virus masuk di dalam badan dan akhirnya di kawasan paru-paru dan arwah sesak nafas dan terus meninggalkan kami semua tanpa meninggalkan amanat yang terakhir. Arwah sangat takut hendak ke hospital walaupun dipaksa tetapi Allah lebih sayang beliau dari kami.
Disini saya ingin share tips:-
* Jika ada sesiapa yang mengidap kencing manis. Jika terluka sikit di bahagian kaki tolong pergi ke hospital membuat pemeriksaan lanjut agar sempat dipulihkan. Ini pesanan dari saya.
Saya berharap agar roh arwah aman dan dirahmati. Semoga pemergian arwah diterima baik oleh semua pihak. Marilah kita doakan agar roh arwah dicucuri rahmat.
Al-fatihah untuk arwah Azizah Bt Abas. Diharapkan anda dapat sedekahkah surah yasin kepada arwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan