Amnya semua dah tahu kelebihannya, tapi tidak salah jika dian nak berkongsi sekali lagi.
Hari ini 14 Oktober 2013 bersamaan dengan 09 Zulhijjah 1434H merupakan hari wukuf.
Sesiapa yang berniat untuk menunaikan rukun Islam yang ke5 mesti berwukuf di Arafah.
Jemaah yang tidak berwukuf bererti tiada haji.
Itulah kepentingan berwukuf di Arafah pada jemaah yang telah berniat haji.
Kepada mereka-mereka selain dari jemaah yang berwukuf di Arafah seperti kita-kita ini digalakkan untuk berpuasa pada hari ini.
Ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT sememangnya amat BESAR sekali.
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
Sememangnya
ibadah sunat yang dilakukan oleh Nabi SAW dan digalakkan kita untuk
melakukannya membawa kebaikan kepada umat manusia.
Setiap
apa yang diajarkan oleh Baginda kepada kita memberikan ganjaran
terbaik, baik puasa sunat, solat sunat, zikir dan lain-lain amalan.
Amal-amalkan dan Selamat berpuasa dan semoga apa yang kita lakukan ikhlas hanya kepada Allah sahaja.
Ya Allah ya Tuhan kami, terimalah daripada kami akan solat kami, puasa
kami, permohonan kami dan amalan kami. Sesungguhnya Engkau adalah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui apa yang aku impikan dan hajati.
Amin.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan